Tidur satu bantal, mimpi pun sama 

oleh Qdees

Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Perumpaan ini tepat sekali menggambarkan sikap akhbar The Star dan The Edge dalam melaporkan keputusan kewangan sukuan Serba Dinamik semalam.

Baca di bawah:

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2021/09/29/serba-dinamik-quarterly-net-profit-slumps-to-lowest-since-ipo

https://www.theedgemarkets.com/article/serba-dinamik-posts-lowest-quarterly-earnings-listing

Kedua-keduanya mempunyai tajuk berita hampir sama, seolah-olah mereka tidur sebantal dan  sama-sama bermimpi didatangi lembaga halus yang mencadangkan tajuk itu kepada mereka.

Dalam memproses keputusan kewangan sesebuah syarikat jarang sekali, wartawan membandingkan prestasi terkini dengan prestasi ketika IPO, lebih-lebih lagi jika IPO itu telah berlalu empat tahun lalu.

Dalam keadaan biasa, wartawan sentiasa peka apabila membuat perbandingan, mereka perlu banding “epal dengan epal.”

Ini adalah kerana mereka menyedari  persekitaran ekonomi dan dinamik pasaran mungkin mengikut kitaran “musim”, iaitu prestasi perniagaan awal tahun mungkin berbeza dengan hujung tahun dan sebagainya.

Sebab itu jarang sekali wartawan membandingkan prestasi sukuan dengan sukuan sebelumnya, sebaliknya membandingkan prestasi dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya – satu amalan yang turut dipakai oleh penganalisis pasaran.

Berikutan itu apabila kedua-dua akhbar bahasa Inggeris itu memilih untuk menyimpang daripada amalan biasa ini, ia menimbulkan tanda-tanya mengenai tindak-tanduk mereka.

Apakah mereka budak baru dan tak biasa memproses laporan kewangan atau didorong pihak tertentu?

Apa sekalipun, mereka tidak harus mempunyai motif selain daripada melaporkan sejujurnya.

Jika mereka menulis ikut telunjuk orang tertentu, takdalah beza wartawan di kedua-kedua akhbar ini dengan mereka yang membuat komen tanpa mendedahkan nama di banyak “chatroom” pasaran saham yang bertaburan di dunia siber.

Wartawan harus menyedari bahawa mereka sentiasa dipantau. Kalau dilihat memihak dan bertindak untuk kepentingan pihak tertentu, lambat laun pembaca akan lari.

Bagi wartawan kewangan (financial journalists) pula perlu diingatkan bukan hanya pembaca tetapi regulator juga turut memantau tulisan mereka di bawah seksyen 87 (1) (2) CMSA.

Untuk pengetahuan pembaca, Serba Dinamik semalam melaporkan  keuntungan bersih sebanyak RM14.92 juta bagi suku yang berakhir 30 Jun, 2021 manakala perolehan berjumlah RM1.21 bilion bagi tempoh sama.

Memetik laporan bernama, Prestasi itu didorong terutama oleh aktiviti rancak daripada operasi dan penyenggaraan (O&M) di rantau Timur Tengah dan Malaysia, yang menyumbang RM1.1 bilion atau 90.6 peratus kepada jumlah perolehan, menurut syarikat itu dalam kenyataan pada Rabu.

Ia menambah, segmen kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) merupakan penyumbang kedua terbesar kepada perolehan dengan RM100.4 juta atau 8.3 peratus kepada jumlah perolehan.

Segmen teknologi maklumat dan komunikasi (CT) pula memberikan sumbangan sebanyak RM11.8 juta atau 1.0 peratus kepada jumlah perolehan pada tempoh suku yang dinilai, menurutnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s